Player

Sila tekan butang PLAY

New ChatBox 2013

IP

Live Streaming

SamaFM Fan Box



Sambutan Ulang Tahun SamaFM yang Pertama

Sambutan Ulang Tahun SamaFM yang Pertama pada 17 November 2010. Pastikan anda mendaftar sebagai Ahli Kelab SamaFM. Borang boleg didapati di sebelah atas Yahoo Pingbox. Selepas anda mendaftar, sila semak email anda.
Terima Kasih


|

Server Upgrade

Makluman kepada semua pendengar setia SamaFM. Kami sedang berusaha untuk menaik taraf server yang sedia ada kepada server yang lebih baik. Dalam proses ini kemungkinan kerap kali anda akan menghadapi masalah untuk mendengar SamaFM. Maaf segala kesulitan untuk keselesaan masa depan. Untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikkan sila hantarkan email ke djsamafm@yahoo.com -ADMIN


|

Skype @ SamaFM

Anda kini boleh membuat penggilan ke konti dj yang bertugas dengan menggunakan Skype. Addkan Skype "djsamafm" untuk berhubung dengan dj yang bertugas. Sistem ini masih dalam percubaan. Sebarang maklum balas amat diperlukan untuk meningkatkan kualiti. Sebarang komen sila hantarkan ke email kami di djsamafm@yahoo.com


|

SamaFM Webcast

Assalamualaikum.. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan percubaan pertama SamaFM untuk membuat Live Webcam sebentar tadi. Kami akan mengkaji kelemahan dan komen2 anda. Jangan lupa esok kita akan cuba membuat Live Webcam sekali lagi. Dengan Live Webcam anda boleh melihat dj yang bertugas secara live di website SamaFM. Kami telah melakukan apa yang boleh. Semuanya itu atas sokongan anda setia bersama kami di SamaFM. Banyak lagi akan dilakukan lepas ini. Nantikan... Kami akan melangkan terus kehadapan walaupun setapak demi setapak.


|

SamaFM UPDATE

Assalamualaikum... Kini SamaFM melangkah setapak lagi. Anda boleh mendengar SamaFM dengan semua jenis brouser seperti Mozilla, Opera, Chrome. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Terima kasih juga kerana memberikan komen-komen yang membina SamaFM lebih dewasa lagi.


|

SamaFM 06/04/2010

Dengarkan SamaFM pada tiap hari di www.samafm.tk dan jangan lupa esok bermula jam 9.00am sehingga ke tengah malam... Pasti ada sesuatu yang menarik di SamaFM. SamaFM telahpun masuk bulan ke 5 bersiaran di internet. ribuan terima kasih kerana sokongan anda selama ini. Kami masih berusaha meningkatkan lagi mutu penyampaian dan siaran SamaFM. Oleh itu komen daripada anda pendengar setia kami amat di perlukan untuk mengukuhkan lagi SamaFM. Esok (06/04/2010) SamaFM akan lebih menarik dan pastinya kami akan menghiburkan anda tanpa batas sempadan.

Kepada anda yang mempunyai bakat untuk berdj. Apa kata anda mencabar diri anda untuk berdj di SamaFM. Kami dj-dj di SamaFM pada mulanya memang tidak mempunyai basic dalam bidang penyiaran. Tapi di SamaFM kami boleh. Kami boleh anda juga boleh. Pengalaman amat berharga walaupun tidak sehebat stesen radio lain.

Kepada semua pendengar setia SamaFM. Kami amat menghargai sokongan anda sejak dari awal siaran SamaFM pada November 2009 sehinggalah ke hari ini. Tanpa anda siapalah kami.

Untuk pengetahuan anda, SamaFM melangkah setapak demi setapak dan tidak pernah melonjak atau membuat 2 langkah sekali. Ini disebabkan oleh kepakaran yang kurang dan kakitangan yang terhad. Tahniah diucapkan kepada warga kerja SamaFM kerana berjaya menembusi batas sempadan. Konsep Sama Mendengar Sama Berhibur kini diterima oleh semua lapisan pendengar.

Terima Kasih di mana jua anda berada. Sama ada di Malaysia, Indonesia, Brunei, South Korea, United States, India, Singapura, Thailand, Dominica Republic of Santiago dan juga Sudan. Terima Kasih kerana sudi mendengar SamaFM


|

Earth Hour



|

Iklan @ SamaFM

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM. Jika anda adalah pengusaha Industri Kecil dan Sederhana yang ingin mengiklankan produk anda di SamaFM. Sila hubungi dj yang bertugas atau hantarkan email ke djsamafm@yahoo.com. Kami menyediakan pekej pengiklanan yang terhebat untuk anda. Iklan anda akan disiarkan di Radio Online SamaFM 24 jam dan iklan anda tanpa batasan sempadan.


|

Dj Baru @ SamaFM

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM. Kini anda akan dapat mendengar suara baru di SamaFM dengan penglibatan Dj Yaya yang kini berada di Kuantan Pahang. Kepada anda yang berkenal-kenalan dengan Dj baru ini. Anda boleh KLIK Yahoo Messenger Dj Yaya sekiranya beliau sedang Online. Teruskan sokongan anda bersama kami di SamaFM. Kerana tanpa sokongan anda semua, kami tidak mampu untuk berdiri teguh sebaris dengan stesen radio online yang lain. Dan kepada anda yang ingin mencungkil bakat anda untuk menjadi Dj, kami masih lagi mencari bakat-bakar baru untuk berdj di SamaFM. Di sinilah medan anda untuk mengasah bakat anda. Hantarkan butiran peribadi anda ke djsamafm@yahoo.com untuk keterangan lanjut.


|

Gangguan Serer SamaFM

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM. Kami menghadapi sedikit masalah teknikal pada server utama kami yang berada di luar negara. Gangguan ini mengakibatkan sedikit buffer pada radio. Kami sedang berusaha untuk memperbaiki talian. Segala kesulitan amat dikesali.


|

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

01. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara
lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri
tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak
menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini
telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."


02. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-
Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan
Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat
mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan
semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."


03. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata
Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat
pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan
Nabi saw.


|

Selamat menyambu Tahun Baru Cina 2010

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2010 dari kami warga SamaFM. Kepada yang memandu balik kampung... berhati-hati di jalan raya. Semoga anda selamat pergi dan selamat kembali. Kami di SamaFM sentiasa mendoakan keselamatan anda. Gong Xi Fa Chai.


|

Rakan Penyiar SamaFM

Jadilah Rakan Penyiar SamaFM dengan menyiarkan SamaFM di website/blog anda. Dengan itu anda akan mendapai ramai pelawat di website/blog anda dan link untuk ke website/blog anda akan dipaparkan di laman website SamaFM. Adil kan?? caranya... hubungi dj yang bertugas atau hantarkan email ke djsamafm@yahoo.com atau lawati www.samafm.tk


|

Salam Sejahtera...

Salam SamaFM kepada semua pendengar SamaFM. Untuk mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian Dj di SamaFM... Maklumbalas daripada anda semua amat dihargai. Sila emailkan maklumbalas anda ke djsamafm@yahoo.com. Ribuan terima kasih kepada semua yang selama ini membantu membangunkan SamaFM sehingga ke hari ini. Kami mengharapkan sokongan anda untuk terus berdiri pada masa hadapan. -ADMIN


|

SamaFM new Segmen

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM. Bemula pada hari isnin SamaFM akan menyiarkan segmen Motivasi setiap hari kecuali hari ahad pada jam 2.00 petang. Jangan ketinggalan. Jumpa di sana ya...


|

SamaFM News

Salam SamaFM kepada semua. Iklankan produk anda di SamaFM dengan hanya serendah RM60 sebulan dan kami akan menyiarkan iklan produk anda setiap sela 5 lagu dan 24 jam tanpa henti. Hubungi dj yang bertugas atau emailkan saja pertanyaan anda ke djsamafm@yahoo.com. Kami pasti memenuhi kehendak pengiklanan anda. Produk anda bukan saja dikenali di Malaysia malah di luar negara. Stesen radio kami mempunyai pendengar dari Brunei, Singapura, Thailand dan beberapa negara berdekatan lain. Anda pasti berpuas hati dengan mengiklankan produk anda di SamaFM.


|

Konti SamaFM Tambunan

Sedikit makluman kepada peminat Dj Zarkusa berkemung tidak dapat bersama dengan kita lagi. Ini dibabkan oleh masalah teknikal yang berlaku di konti Dj Zarkusa dan perlukan masa yang agak lama untuk dibaikpulih dan beroperasi seperti biasa (Sistem VSAT rosak akibat banjir). Kepada anda teruskan bersama kami di SamaFM kerana kami akan terus bersama anda 24jam tanpa henti.


|

Banjir

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM, Banjir masih lagi berlaku di beberapa tempat sekitar Pekan Cowboys of The East. Walaubagaimanapun SamaFM tetap akan menemani anda 24jam tanpa henti. Alhamdulillah pada hari ini (19/01/2010) keadaan jalan raya dan cuaca pada pagi ini cerah dan ceria. Kita harapkan hujan tidak akan turun lagi kerana ini akan memburukkan lagi keadaan banjir yang masih lagi belum surut. Walaubagaimanapun jalan-jalan utama yang mnghubungkan Pekan Cowboys of The East telah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Ikuti siaran SamaFM kerana kami akan memberikan anda maklumat terkini tentang keadaan banjir di tempat anda. SamaFM ((Sama mendengar Sama Berhibur)) Stesen Radio Interaktif Pertama Asia.


|

Pencarian Dj dan Web Designer untuk SamaFM

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM. Untuk makluman anda
semua kami masih lagi mencari Dj di SamaFM. Kepada anda yang berminat
untuk menjadi Dj di SamaFM jangan lupa hantarkan butiran peribadi anda
ke djsamafm@yahoo.com. Dan kami juga sedang membangunkan sebuah tapak
website baru dan sedang mencari orang perseorangan untuk membuat
website itu. Jika anda ingin mencuba kebolehan anda untuk membuat
website sila hantarkan email ke djsamafm@yahoo.com. Kami amat
memerlukan khidmat anda walaupun anda seorang yang baru dalam bidang
web designer ini. -ADMIN


|

Sejarah SamaFM

SamaFM ((Sama Mendengar Sama Berhibur)) Stesen Radio Interaktif Pertama Asia buat pertama kalinya keudara pada 17 November 2009 selama kurang daripada 20 minit untuk percubaan. Dan pada keesokkannya (18 November 2009) SamaFM bersiaran dari 9.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Padamulanya ianya bermotokan "Kiti² Jo" dan di tukar kepada "Sama Mendengar Sama Berhibur" oleh Dj Zarkusa selaras dengan citarasa pendengar pada masa itu. Selepas 4 hari bersiaran 9.30am-5.00am SamaFM melebarkan sayap dengan membuat siaran 24jam tanpa henti dengan sokongan AutoDj daripada Dj Zarkusa. SamaFM melangkah setapak demi setapak melalui zaman penyiaran yang seakin canggih masa kini. Kini SamaFM hampir berusia 2 bulan dan atas sokongan daripada pendengar setia dan pendengar baru, SamaFM terus bersiaran walaupun dengan kelengkapan yang minimum. Anda tidak perlu membandingkan siaran SamaFM dengan stesen radio yang sedia ada kerana kami di SamaFM bersiaran hanya untuk Sama Mendengar Sama Berhibur dan tidak terikat dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan. Oleh itu kami di SamaFM amat memerlukan sokngan anda pada masa depan supaya kami dapat berdiri sama tinggi dengan stesen radio yang lain. -ADMIN


|

Website Designer for SamaFM

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM. Kami sedang mencari seorang web designer untuk membuat website untuk SamaFM. Jika anda atau rakan anda boleh atau berkemahiran membuat website sila hubungi djsamafm@yahoo.com. Terima Kasih -ADMIN


|

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Kami warga SamaFM ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010. Apakah azam anda tahun ini? adakah azam anda tahun lepas telah tercapai? Kami di SamaFM pun ada azam baru... apakah azam baru kami... teruskan bersama dengan kami sepanjang tahun 2010 ini kerana kami akan membuat perubahan baru yang pasti mengembirakan para pendengar setia SamaFM. Dengan kemunculan 2 orang Dj baru SamaFM pada 2010 ini, diharapkan akan dapat meningkatkan lagi jumlah pendengar setia SamaFM. Jika anda mempunyai maklumat yang hendak di kongsikan bersama kami... jangan segan2 hantar saja ke djsamafm@yahoo.com -ADMIN


|



free web counter