Test Kodiang

Sila tekan butang PLAY

New ChatBox 2013

Live Streaming

SamaFM Fan Box

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

01. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara
lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri
tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak
menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini
telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."


02. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-
Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan
Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat
mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan
semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."


03. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata
Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat
pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan
Nabi saw.


|

Selamat menyambu Tahun Baru Cina 2010

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2010 dari kami warga SamaFM. Kepada yang memandu balik kampung... berhati-hati di jalan raya. Semoga anda selamat pergi dan selamat kembali. Kami di SamaFM sentiasa mendoakan keselamatan anda. Gong Xi Fa Chai.


|

Rakan Penyiar SamaFM

Jadilah Rakan Penyiar SamaFM dengan menyiarkan SamaFM di website/blog anda. Dengan itu anda akan mendapai ramai pelawat di website/blog anda dan link untuk ke website/blog anda akan dipaparkan di laman website SamaFM. Adil kan?? caranya... hubungi dj yang bertugas atau hantarkan email ke djsamafm@yahoo.com atau lawati www.samafm.tk


|

Salam Sejahtera...

Salam SamaFM kepada semua pendengar SamaFM. Untuk mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian Dj di SamaFM... Maklumbalas daripada anda semua amat dihargai. Sila emailkan maklumbalas anda ke djsamafm@yahoo.com. Ribuan terima kasih kepada semua yang selama ini membantu membangunkan SamaFM sehingga ke hari ini. Kami mengharapkan sokongan anda untuk terus berdiri pada masa hadapan. -ADMIN


|