Player

Sila tekan butang PLAY

New ChatBox 2013

IP

Live Streaming

SamaFM Fan Box



SamaFM Webcast

Assalamualaikum.. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan percubaan pertama SamaFM untuk membuat Live Webcam sebentar tadi. Kami akan mengkaji kelemahan dan komen2 anda. Jangan lupa esok kita akan cuba membuat Live Webcam sekali lagi. Dengan Live Webcam anda boleh melihat dj yang bertugas secara live di website SamaFM. Kami telah melakukan apa yang boleh. Semuanya itu atas sokongan anda setia bersama kami di SamaFM. Banyak lagi akan dilakukan lepas ini. Nantikan... Kami akan melangkan terus kehadapan walaupun setapak demi setapak.


|

SamaFM UPDATE

Assalamualaikum... Kini SamaFM melangkah setapak lagi. Anda boleh mendengar SamaFM dengan semua jenis brouser seperti Mozilla, Opera, Chrome. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Terima kasih juga kerana memberikan komen-komen yang membina SamaFM lebih dewasa lagi.


|

SamaFM 06/04/2010

Dengarkan SamaFM pada tiap hari di www.samafm.tk dan jangan lupa esok bermula jam 9.00am sehingga ke tengah malam... Pasti ada sesuatu yang menarik di SamaFM. SamaFM telahpun masuk bulan ke 5 bersiaran di internet. ribuan terima kasih kerana sokongan anda selama ini. Kami masih berusaha meningkatkan lagi mutu penyampaian dan siaran SamaFM. Oleh itu komen daripada anda pendengar setia kami amat di perlukan untuk mengukuhkan lagi SamaFM. Esok (06/04/2010) SamaFM akan lebih menarik dan pastinya kami akan menghiburkan anda tanpa batas sempadan.

Kepada anda yang mempunyai bakat untuk berdj. Apa kata anda mencabar diri anda untuk berdj di SamaFM. Kami dj-dj di SamaFM pada mulanya memang tidak mempunyai basic dalam bidang penyiaran. Tapi di SamaFM kami boleh. Kami boleh anda juga boleh. Pengalaman amat berharga walaupun tidak sehebat stesen radio lain.

Kepada semua pendengar setia SamaFM. Kami amat menghargai sokongan anda sejak dari awal siaran SamaFM pada November 2009 sehinggalah ke hari ini. Tanpa anda siapalah kami.

Untuk pengetahuan anda, SamaFM melangkah setapak demi setapak dan tidak pernah melonjak atau membuat 2 langkah sekali. Ini disebabkan oleh kepakaran yang kurang dan kakitangan yang terhad. Tahniah diucapkan kepada warga kerja SamaFM kerana berjaya menembusi batas sempadan. Konsep Sama Mendengar Sama Berhibur kini diterima oleh semua lapisan pendengar.

Terima Kasih di mana jua anda berada. Sama ada di Malaysia, Indonesia, Brunei, South Korea, United States, India, Singapura, Thailand, Dominica Republic of Santiago dan juga Sudan. Terima Kasih kerana sudi mendengar SamaFM


|



free web counter