Player

Sila tekan butang PLAY

New ChatBox 2013

IP

Live Streaming

SamaFM Fan Box



SamaFM new Segmen

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM. Bemula pada hari isnin SamaFM akan menyiarkan segmen Motivasi setiap hari kecuali hari ahad pada jam 2.00 petang. Jangan ketinggalan. Jumpa di sana ya...


|

SamaFM News

Salam SamaFM kepada semua. Iklankan produk anda di SamaFM dengan hanya serendah RM60 sebulan dan kami akan menyiarkan iklan produk anda setiap sela 5 lagu dan 24 jam tanpa henti. Hubungi dj yang bertugas atau emailkan saja pertanyaan anda ke djsamafm@yahoo.com. Kami pasti memenuhi kehendak pengiklanan anda. Produk anda bukan saja dikenali di Malaysia malah di luar negara. Stesen radio kami mempunyai pendengar dari Brunei, Singapura, Thailand dan beberapa negara berdekatan lain. Anda pasti berpuas hati dengan mengiklankan produk anda di SamaFM.


|

Konti SamaFM Tambunan

Sedikit makluman kepada peminat Dj Zarkusa berkemung tidak dapat bersama dengan kita lagi. Ini dibabkan oleh masalah teknikal yang berlaku di konti Dj Zarkusa dan perlukan masa yang agak lama untuk dibaikpulih dan beroperasi seperti biasa (Sistem VSAT rosak akibat banjir). Kepada anda teruskan bersama kami di SamaFM kerana kami akan terus bersama anda 24jam tanpa henti.


|

Banjir

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM, Banjir masih lagi berlaku di beberapa tempat sekitar Pekan Cowboys of The East. Walaubagaimanapun SamaFM tetap akan menemani anda 24jam tanpa henti. Alhamdulillah pada hari ini (19/01/2010) keadaan jalan raya dan cuaca pada pagi ini cerah dan ceria. Kita harapkan hujan tidak akan turun lagi kerana ini akan memburukkan lagi keadaan banjir yang masih lagi belum surut. Walaubagaimanapun jalan-jalan utama yang mnghubungkan Pekan Cowboys of The East telah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Ikuti siaran SamaFM kerana kami akan memberikan anda maklumat terkini tentang keadaan banjir di tempat anda. SamaFM ((Sama mendengar Sama Berhibur)) Stesen Radio Interaktif Pertama Asia.


|

Pencarian Dj dan Web Designer untuk SamaFM

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM. Untuk makluman anda
semua kami masih lagi mencari Dj di SamaFM. Kepada anda yang berminat
untuk menjadi Dj di SamaFM jangan lupa hantarkan butiran peribadi anda
ke djsamafm@yahoo.com. Dan kami juga sedang membangunkan sebuah tapak
website baru dan sedang mencari orang perseorangan untuk membuat
website itu. Jika anda ingin mencuba kebolehan anda untuk membuat
website sila hantarkan email ke djsamafm@yahoo.com. Kami amat
memerlukan khidmat anda walaupun anda seorang yang baru dalam bidang
web designer ini. -ADMIN


|

Sejarah SamaFM

SamaFM ((Sama Mendengar Sama Berhibur)) Stesen Radio Interaktif Pertama Asia buat pertama kalinya keudara pada 17 November 2009 selama kurang daripada 20 minit untuk percubaan. Dan pada keesokkannya (18 November 2009) SamaFM bersiaran dari 9.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Padamulanya ianya bermotokan "Kiti² Jo" dan di tukar kepada "Sama Mendengar Sama Berhibur" oleh Dj Zarkusa selaras dengan citarasa pendengar pada masa itu. Selepas 4 hari bersiaran 9.30am-5.00am SamaFM melebarkan sayap dengan membuat siaran 24jam tanpa henti dengan sokongan AutoDj daripada Dj Zarkusa. SamaFM melangkah setapak demi setapak melalui zaman penyiaran yang seakin canggih masa kini. Kini SamaFM hampir berusia 2 bulan dan atas sokongan daripada pendengar setia dan pendengar baru, SamaFM terus bersiaran walaupun dengan kelengkapan yang minimum. Anda tidak perlu membandingkan siaran SamaFM dengan stesen radio yang sedia ada kerana kami di SamaFM bersiaran hanya untuk Sama Mendengar Sama Berhibur dan tidak terikat dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan. Oleh itu kami di SamaFM amat memerlukan sokngan anda pada masa depan supaya kami dapat berdiri sama tinggi dengan stesen radio yang lain. -ADMIN


|

Website Designer for SamaFM

Salam SamaFM kepada semua pendengar setia SamaFM. Kami sedang mencari seorang web designer untuk membuat website untuk SamaFM. Jika anda atau rakan anda boleh atau berkemahiran membuat website sila hubungi djsamafm@yahoo.com. Terima Kasih -ADMIN


|

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Kami warga SamaFM ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010. Apakah azam anda tahun ini? adakah azam anda tahun lepas telah tercapai? Kami di SamaFM pun ada azam baru... apakah azam baru kami... teruskan bersama dengan kami sepanjang tahun 2010 ini kerana kami akan membuat perubahan baru yang pasti mengembirakan para pendengar setia SamaFM. Dengan kemunculan 2 orang Dj baru SamaFM pada 2010 ini, diharapkan akan dapat meningkatkan lagi jumlah pendengar setia SamaFM. Jika anda mempunyai maklumat yang hendak di kongsikan bersama kami... jangan segan2 hantar saja ke djsamafm@yahoo.com -ADMIN


|



free web counter